Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Sunday, March 2, 2014

Produk Double StemCell halal dimakan



Produk Double StemCell halal dimakan


Assalammualaikum semua.. Hari ni aku rasa macam terpanggil sangat nak terangkan hal yang sebenarnya kepada semua.. Semua ni berkenaan isu yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM bahawa produk Double StemCell tu tidak memiliki sijil halal yang sah.. Okay, bagi menjawab isu ni, aku dah tanya salah satu (1) stokis phytoscience.. Dan ini jawapan yang aku dapat..

"Bulan 8/2013 lagi syarikat dah buat permohonan untuk sambung logo halal."
"Tapi Jakim masih tak menjalankan kerja sehingga sekarang sehingga HQ ke luar negara untuk dapatkan kelulusan South Asia Fast Halal. Bahan Kandungan Double Stem Cell ini juga adalah 100% epal dan anggur. Tiada bahan lain untuk diragui."
"Dan Double stem cell ada no KKM. KKM-163/S/25 JLD.214"

Daripada yang aku faham, merujuk pada gambar kat bawah ni yang ada logo halal tu, itu merupakan logo halal yang mana daripada sijil halal yang terdahulu.. Packaging ini dah dikeluarkan sebelum sijil halal Phytoscience tamat.. Yela, bagi mereka yang dalam industri makanan ni mesti faham macam mana proses pembaharuan sijil halal ni memakan masa yang panjang.. Jadi, janganlah salah faham yang Stem Cell ni tak halal.. Ianya halal cuma sijil halal mereka yang dah dihantar untuk diperbaharui tu belum siap untuk proses lagi..
1507024_486523938126652_959761835_n


1549541_576136495807541_1115238826_n

Ni buktinya yang Phytoscience ada sijil halal pada tahun lepas sebelum tamat pada bulan 8/2013.. Proses pembaharuan sijil halal memakan masa yang agak lama.. Macam kilang tempat ayah aku keje, masa sijil halal diorang tamat, memakan masa selama 6 bulan untuk JAKIM renew balik sijil syarikat diorang.. Tu bukan syarikat makanan supplement macam Phytosceience ni..

Photo Jan 18, 10 53 37 PM

Yang atas ni, Phytoscience tiada dalam senarai.. Sebab yang ni untuk semak sijil halal yang dah sedia ada.. Bukan yang dalam 'waiting list'.. Yela, kalau korang ada bisnes yang perlukan sijil halal dari JAKIM, lepas tu sijil korang tu korang g hantar untuk renew before dia tamat then korang kena tunggu untuk dapat sijil halal korang tu balik.. Aku nak tanya korang, adakah korang akan tutup bisnes korang sampai dapat sijil halal yang baru? Adakah korang akan tarik balik semua produk korang yang dah dipasarkan sebelum kejadian tu jadi daripada para customer dan pasaran? Tepuk dada,korang jawablah sendiri..

Aku bukan nak sebelahkan Phytoscience even aku jual dan guna Phytoscience sendiri.. Tapi aku nak menjelaskan keadaan yang sebenarnya je.. 

1513303_359092724233934_1042556154_n

1552893_3793177204195_1373227953_n

Okay, dua gambar surat yang aku tunjuk tu adalah merupakan bukti yang yuran untuk pensijilan halal tu ada.. Sebab apa ahli Phytoscience asyik tunjuk benda tu? Bukan sebab apa.. Ini nak tunjuk bukti kat semua orang yang Phytoscience dah hantar permohonan untuk sambung sijil halal.. Terpaksalah tunjukkan surat ni dulu sebab sijilnya belum dapat lagi.. Bukan Phytoscience takde buat renew sijil halal,cuma ini je bukti yang ada yang menunjukkan Phytoscience ambil berat tentang isu halal dan haram ni.. Itu je.. 

So, aku dah jelaskan apa yang patut.. Aku masih teruskan ambil Phytoscience tu sebab aku yakin yang produk tu halal.. Cuma isu kat sini, sijil halal dan logo halal yang digunakan tu je.. Isu ni sebenarnya banyak jugak berlaku dekat syarikat-syarikat lain yang melibatkan sijil halal ni.. Cuma isu tu tak diperbesarkan macam isu Phytoscience ni,tu je.. So, siapa-siapa yang ada soalan nak tanya aku, boleh inbox aku Azyan Ramle.. atau korang rasa tak puas hati dengan apa yang aku bagitahu ni, boleh komen.. Jangan malu jangan segan.. Kalau aku boleh cuba bidas aku akan bidas sebab isu ni kalau salah fahaman korang, dah boleh jatuh FITNAH! So, jagalah diri, jagalah hati dan hati-hati dengan setiap perbuatan dan percakapan,okay.. 

sumber drpd azyanramle.blogspot

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment